Kedai Serbaneka – 99 Apple Mart
Seiring dengan perkembangan perniagaan, syarikat kami telah memperluaskan operasinya ke dalam sektor peruncitan dan kini sedang mengusahakan Hospi Mart @ Kedai Runcit/Serbaneka di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis bermula dari 1 Oktober 2025 hingga 30 September 2028. Terdahulu syarikat ini telah pun membuka kedai runcit di Hospital Tuanku Fauziah selama 3 tahun dari 1 Oktober 2022 sehingga 30 September 2025. Dengan mengambilkira prestasi kedai runcit yang kami usahakan dari segi bekalan barang yang dijual, jenis-jenis barang, khidmat pelanggan dan operasi kedai yang berjalan lancar, maka pihak pengurusan hospital telah bersetuju untuk menyambung kontrak tender kedai runcit kami untuk tempoh 3 tahun lagi. 99 Apple Mart merupakan jenama perniagaan di bawah Ultimate Velocity Services yang menyediakan pelbagai jenis barangan keperluan harian seperti makanan dan minuman kepada pelanggan.




















